25 May 2010

Rain meng-empower Karate Kid dengan "Hip Song".

Anak Will Smith, Jaden akan diberi power oleh Rain untuk berkarate!

Korean MV untuk filem Jackie Chan yang akan datang, Karate Kid baru sahaja dikeluarkan. Bintang terkenal Rain, telah bekerjasama dengan Jackie untuk promosi filem baru beliau. Lagu berjudul "Hip Song"boleh didengarkan di MV tersebut sambil aksi-aksi hebat filem itu ditayangkan. Sapa tahu budak pon boleh berkarate? walaupun filem ini adalah filem aksi lawan tapi Jaden memerlukan lebih dari seni pertahanan diri untuk melawan geng-geng jahat.

Comeback paling hot didunia

Sapakah di antara mereka yang akan melakukan comeback paling berjaya kali ini?

Musim panas makin mendekati dan itu bererti bahawa semua kumpulan yang anda pujai sibuk mempersiapkan comeback mereka bagi anda untuk berparti! Kami telah melakukan perbandingan setiap kumpulan besar dan dianalisis "tahap comeback mereka" untuk melihat siapa yang mungkin akan membuat gelombang terbesar di pop Korea

BIG BANG
Sekarang bahawa G-Dragon dan Taeyang melakukan solo mahupun kumpulan telah selesai mini-kunjungan mereka ke Jepun, mereka menyertai semula untuk mengejutkan peminat dengan merilis sebuah MV untuk "Tell Me Goodbye" dari OST Jepun untuk Iris, yang ibintang TOP.
klik disini

Sekadar teaser biasa untuk memenuhi citarasa peminat. bukan yang terbaik dari mereka setakat ini.

SUPER JUNIOR
Setelah kejayaan besar tahun 2009 yang 'Sorry Sorry', semua mata telah tertumpu pada 13 anak laki-laki ini dan comeback mereka. Mereka bukan hanya diterima baik di Korea sahaja; kumpulan ini telah benar-benar menerima sambuat hangat di antarabangsa. Ditambah lagi dengan 'Bonamana' yang jelas di takuk yang sama dan tidak lari dari album-album boyband yang lain. Tetap berada di gelombang yang sama, suara hampir sama seperti 'Sorry, Sorry' dan mempunyai MV yang sangat mirip dengan boot.

saksikan disini

4 MINUTE

Single baru mereka 'HUH' telah hit. Ia memiliki tenaga yang sama dan vokal berkumpilan dan bit elektro-hiphop seperti single mereka sebelumnya. Ini pasti akan menjadi sesuatu yang anda akan dengar mana-mana di jalan kaki di Seoul.

Yang jelas adalah bahawa gadis-gadis telah menumpahkan dayglo eklektik mereka dan streetstyle seakan-akan 2NE1 dan cenderung dengan trend yang biasa diadaptasi oleh band kebanyakan saat ini.

cek it out here

SS501
Mereka baru sahaja mengeluarkan promo yang menarik untuk comeback album, dimana masih tidak diketahui tarikh perasmiannya. Seperti band2 yang lain mereka memilih tema gelap untuk album ini.

Susah untuk diperkatakan kerana tidak cukup maklumat tentang comeback mereka ini. Tapi fan2 pasti tahu SS501 sering mendapat produser terbaik dan menjadi single yang top setiap kali.

2pm
Mereka telah dipenuhi pelbagai kontroversi selama berbulan-bulan tapi mereka akan kembali lebih kuat daripada sebelumnya walaupun tanpa Jaebum. Single terkini mereka Can't Stop, Don't Stop' adalah dijanjikan penuh bertenaga, mantap, power! dan bersemangat waja.


Wonder Girls
Sama seperti Super Junior, Wonder Girls tahu bahawa mereka harus memanfaatkan apa yang telah terbukti berjaya. Sejak melihat 60s mode mereka untuk 'nobody' diterima begitu sangat baik, mereka memutuskan untuk terus berjalan dengan itu untuk album baru, mempertahankan pandangan mod tetapi pencampuran dengan beberapa tampak disko-inspirasi dan suara di MV baru mereka untuk "Two different tears ".
cek it out - klik

Kim Hyun Joong bergelang sambil beramal

SS501 Kim Hyun-joong akan menjadi salah satu dari sepuluh bintang di pameran foto untuk Cartier's Summer Love Bracelet. Tujuan dari acara ini adalah untuk menyebarkan mesej cinta untuk ulang tahun ke 4 dari Cartier Love Day di seluruh dunia. Pameran 11 hari (4 Jun - 13 Jun) akan mengumpulkan wang untuk amal Institut Vaksin Antarabangsa. Jadi setiap orang yang membeli sebuah jam / gelang boleh berkongsi kasih mereka untuk disumbang!
selebriti2 di watchland adalah: Rain, Ji Jin-hee, U-Know Yunho, Kim Hee-sun, Son Ye-jin, SNSD's Yoon-ah, Yoon Eun-hye, dan Ha Ji-won. Mereka semua akan difoto memakai koleksi musim panas. Korea bintang selalu memiliki hati yang penuh besar!

24 May 2010

Kara seksi di Dream Concert

Dari kiri Nicole, Park Kyuri (kapten) , Ku Hara, Kang Jiyeong dan Han Seng Yeon

Barisan gadis2 super-kiut ini debut pada 2007 dan terkenal dengan lagu seperti Honey, Lupin dan sebagainya. Dan tahun ini, Kara adalah salah satu nama besar dalam dunia hiburan Korea. Baru-baru ini mereka adalah antara puluhan artis yang membuat persembahan di Dream Concert di world cup stadium Seoul. Antara artis yang turut meriahkan konsert besar-besaran ini adalah Shinee, SNSD, Super Junior 4minute, 2pm dan banyak lagi!

Dengan lagu terbaru mereka iaitu We're with you, Kara sangat hot! di atas pentas.






Foxy bersorak untuk Korea





Lebih kurang 2 bulan lalu, girl group Foxy, baru sahaja debut sebagai dua gadis seksi dengan tajuk debut Why Are You Doing This To Me. Sekarang, mereka tunjukkan semangat patriotik mereka dengan mem-pose kan diri dalam World Cup photoshoot!

Segalanya bermula dengan kebetulan semasa Han Jang Hee telah di-kandid semasa world cup 4 tahun lalu secara random oleh seorang fotografer di sebuah lorong semasa world cup 2006. Dan gambar tersebut telah menerima sambutan hangat oleh masyarakat dan beliau digelar 'the world cup girl' dan menjadi terkenal.

Sekarang merekka disini berbaju merah melambangkan pasukan bolasepak mereka. Photoshoot ini menggunakan tema gabungan comel dan seksi! dan diselitkan dengan sedikit skinship. Mereka juga telah bertattoo di badan bertulis "Again! Corea".

23 May 2010

[Gambar] Cheerleader SNSD!


Eksklusif untuk peminat-peminat SNSD~ kami hidangkan beberapa gambar SNSD ini semasa aktiviti cheerleading mereka. Nah!









Selamat hari tua

Jewel, 36

berikut ialah seleberiti-selebriti yang lahir pada 23 mei

Jewel is 36.
Barbara Barrie is 79.
Joan Collins is 77.
Charles Kimbrough (”Murphy Brown”) is 74.
General Johnson of Chairmen of the Board is 67.
Lauren Chapin (”Father Knows Best”) is 65.
Judy Rodman is 59.
Drew Carey is 52.
Shelly West is 52.
Linden Ashby (”Melrose Place”) is 50.
Karen Duffy is 49.
Phil Selway of Radiohead is 43.
Matt Flynn of Maroon 5 is 40.
Lorenzo is 38.
Brian McComas is 38.
Maxwell is 37.

Super Junior ber-Bonamana di Inkigayo

Selepas memenangi Music bank beberapi hari lalu, mereka masih mampu memberi persembahan bertenaga di Inkigayo hari ini.

cek it out!


22 May 2010

[Gambar] Karpet merah Dream Concert 2010

Super Junior

tidak ketinggalan Girl's Generation!

After School missing Uee

f(x)

T-ara, missing Enjung

Shinee

2pm tanpa Junsu yang sedang injured.

Beast

4minute

ZE:A

F.cuz

Yuri dan Tiffany tinggalkan Music Core...

Tapi untuk 3 minggu sahaja, that's it. bukan selamanya.

Macam-macam spekulasi telah dibuat sejak kebelakangan ini, selepas beberapa anggota SNSD meninggalkan pekerjaan individu mereka seperti Taeyeon tinggalkan Chin Chin, Sunny dan Yuri tinggalkan Invicible Youth dan sebagainya. Tumpuan pastinya terhadap member seperti Yoona di Family Outing, Taeyeon di Win Win dan Yuri - Tiffany di Music Core.

Bermula episod pada 22Mei ini Tiffany dan Yuri keduanya telah mengumumkan mereka tidak akan mengacara rancangan tersebut sehingga 3 minggu berikutnya. Berikutan pemergian mereka, mereka memberitahu penonton tidak perlu risau kerana artis meletop akan mengisi kekosongan mengacara Music Core akan datang. Di samping itu mereka juga mengharapkan penonton akan merindui mereka!

Ini mungkin disebabkan promosi SNSD di obersi. Berita ini juga adalah berita gembira untuk fan SNSD kerana Yuri dan Tiffany tidak akan meninggalkan Music Core untuk selamanya.


[Quote] Salma Hayek - natural beauty

"No surgical tweaks. No Botox either. I think its terible, these girls in their late 20's injecting their faces and lips, "If I kill my muscles now, I'll never get wrinkles. Can you imagine?"

Paula Abdul kembali ke Idol Finale?

Sudah diketahui semua bahawa penerbit American Idol seperti gemar untuk merahsiakan nama peserta pada malam finale.

Tapi dua perkara yang pasti - Crystal Bowersox atau Lee DeWyze akan menjuarai musim 9 pada hari Rabu ini, dan peminat akan melihat Simon Cowell buat kali terakhir sebelum beliau pindah ke X Factor pada tahun 2011.

Tapi sumber mengatakan bahawa acara istimewa telah dirancang, hakim akan digandingkan bersama beberapa Idol, termasuk penampilan khas oleh Paula Abdul.

Dan diantara mereka, saksikan Christina Aguilera di pentas nanti!


Jlo dan baby Emme

Gambar kiut anak Jlo bersama beliau ketika sedang lunch di cannes, France kelmarin.

Jo Kwon sedang bertapa di New York


Dalam banyak-banyak idol ternama yang akan membuat persembahan di world cup stadium, Seoul untuk Dream Concert 2am tidak akan turut serta.

Ini kerana mereka di New York sebagai artis jemputan dalam JYP Tour konsert di Roseland Ballroom pada 21hb.

Dan untuk fan-fan 2am disana, Jo Kwon telah update Twitter beliau dengan gambar beliau ketika bersiar-siar makan angin di sana. cek it out!

SNSD - cheerleader untuk american football




Pada 22 Mei SNSD transform menjadi cheerleader untuk perlawanan final Korea University di Korea University Football League.

SNSD first jadi cheerleader di video muzik mereka untuk lagu Oh! bahkan sebenarnya pemain Korea Universiti sendiri telah terlibat dalam sebahagian daripada video muzik tersebut! SM Entertainment CEO, Kim Young Min, sebenarnya ahli pasukan bola sepak ketika pengajiannya di Korea University.

Gadis-gadis comel ini dijemput untuk tampil dan mereka wajib membuat persembahan lagu. Tiffany juga menendang bola ke dalam crowd sedangkan ahli lain melempar sebagai kenangan untuk fan yang berjaya menangkap bola yang terbang ke arah mereka.

Pemain-pemain Korea University ini sangat bertuah. Sapa taknak, 9 gadis snsd menyorak untuk mereka!






21 May 2010

Taek Yon menghadiahkan perfume kepada Yoona

Pada rakaman Family Outing season 2 baru-baru ini, Taek Yon 2pm telah memberikan Yoona SNSD sebuah perfume sebagai hadiah hari jadi beliau!

Mereka telah dihebohkan mempunyai hubungan sejak berpasangan bersama dalam persembahaan MBC Gayo Daejon. walaupun mereka menafikan kabar tersebut, mereka tidak dapat mengelak daripada disatukan. video muzik untuk cf Carribean Bay baru-baru ini sebagai contoh.

Yoona jelas terkejut ketika menerima hadiah tersebut. katanya:

"saya menerima banyak mesej ucapan selamat, tapi ini pertama kali saya menerima hadiah sebegini. saya tidak terfikir untuk menerima sebarang hadiah. jadi saya sangat terharu."

ahli anggota kumpulan mereka pula menyatakan, "ada sesuatu tentang mereka. adakah mereka benar-benar tidak berpasangan?"kedua mereka menjawab. "kami sudah bosan mejelaskannya."


Lindsay ada GF baru!

Lindsay Lohan dikaitkan dengan dengan fotografer berumur 36 tahun, Indrani selepas bekerjasama dalam fotoshoot musim luruh yang lalu.

Mereka sedang bertemu satu sama lain secara rahsia di Los Angeles dan baru-baru ini, telah bermalam di hotel Lindsay! Indriani berkata:

"kami telah menghabiskan banyak waktu bersama. Saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan seorang wanita, tetapi Lindsay saya dapati menarik, cantik, cerdas dan hot!
Lindsay terima banyak fitnah buruk, tapi dia seorang wanita yang tabah, kreatif dan berusaha keras untuk mendapatkan tempat yang lebih baik."

Markus Klinko, partner Indrani menyatakan mereka berdua adalah pasangan yang baik. Dia menjelaskan:

"Lindsay dan Indrani mula keluar bersama sejak kami mengambil gambarnya musim luruh lalu. Saya pernah lihat mereka ketika keluar, dan saya pernah lihat mereka melakukan hubungan... Indrani adalah pengaruh yang baik untuk Lindsay. Beliau berlawanan dengan gadis party - graduasi Princeton, beliau meminati seni dan seorang yang philanthropist - bukan seorang yang tipikal seperti GF Lindsay yang lain. Bila mereka bersama, mereka bercakap tentang seni dan makna mendalam tentang hidup."

Semoga hubungan ini akan jadi seperkara yang Lindsay perlukan sahaja untuk kembali ke zaman kegemilangannya.

Kita semua sukakan comeback. kan?

20 May 2010

Rain mengaku skandal dengan Hyo-Ri



Untuk yang pertama kalinya, penyanyi Rain / Bi bercakap tentang skandal radio di antara beliau dan Lee Hyo-Ri di dalam rancangan TV.

Dalam sebuah episode KBS2 Happy Together 3 yang disiarkan pada 20 Mac lalu, host Yoo Jae Suk dan Park Myung Soo telah bertanya Raja dan Ratu K-pop, "Apakah ada skandal muncul kerana anda tampil di pentas bersama-sama?"

Hyori menjawab pertanyaan "Ya, ada satu disebabkan rancangan radio dahulu".

Rain menambah, "Itu cerita lama, tetapi pada saat itu, saya berada di Hong Kong untuk konsert saya. Saya mengetahui kemudian tentang khabar angin yang tersebar ini disebabkan seorang murid sekolah rendah yang menyebarkan di sebuah buletin online sebagai jenaka. "

Hyori pula menambah dengan bergurau "Saya berharap saya mempunyai skandal untuk dihadapi sekarang".

Skandal radio itu jejak kembali ke tahun 2005, ketika Kim Tae Woo muncul di Kiss The Radio, bersama bekas anggota g.o.d Danny Ahn sebagai pengacara. Dengan tujuan untuk berjenaka, Kim Tae Woo menghubungi Rain tanpa memberitahu kepadanya bahawa dia sedang ke udara. Ketika mereka sedang berborak kosong, Rain membuat pengakuan mengejutkan.

Rain berkata dalam perbualannya "Hyung! saye dan Hyori telah --- ".

Pada saat itu! radio tiba-tiba di-cut, dan muzik dimainkan...

Masih tiada bukti kukuh untuk membuktikan bahawa Rain dan Hyori dan mempunyai hubungan, tapi banyak peminat yang mendengar radio itu hari telah menegaskan cerita ini benar.

Apa pendapat kamu semua? Saya rasa kemistri mereka dalam Happy Together 3 sendiri-sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa keduanya bukan setakat kenalan biasa. Btw, cuba anda bayangkan betapa gorgeous-nya anak mereka nanti.


 
Web Analytics