22 May 2010

Paula Abdul kembali ke Idol Finale?

Sudah diketahui semua bahawa penerbit American Idol seperti gemar untuk merahsiakan nama peserta pada malam finale.

Tapi dua perkara yang pasti - Crystal Bowersox atau Lee DeWyze akan menjuarai musim 9 pada hari Rabu ini, dan peminat akan melihat Simon Cowell buat kali terakhir sebelum beliau pindah ke X Factor pada tahun 2011.

Tapi sumber mengatakan bahawa acara istimewa telah dirancang, hakim akan digandingkan bersama beberapa Idol, termasuk penampilan khas oleh Paula Abdul.

Dan diantara mereka, saksikan Christina Aguilera di pentas nanti!


No comments:

Post a Comment

 
Web Analytics