20 May 2010

Rain mengaku skandal dengan Hyo-Ri



Untuk yang pertama kalinya, penyanyi Rain / Bi bercakap tentang skandal radio di antara beliau dan Lee Hyo-Ri di dalam rancangan TV.

Dalam sebuah episode KBS2 Happy Together 3 yang disiarkan pada 20 Mac lalu, host Yoo Jae Suk dan Park Myung Soo telah bertanya Raja dan Ratu K-pop, "Apakah ada skandal muncul kerana anda tampil di pentas bersama-sama?"

Hyori menjawab pertanyaan "Ya, ada satu disebabkan rancangan radio dahulu".

Rain menambah, "Itu cerita lama, tetapi pada saat itu, saya berada di Hong Kong untuk konsert saya. Saya mengetahui kemudian tentang khabar angin yang tersebar ini disebabkan seorang murid sekolah rendah yang menyebarkan di sebuah buletin online sebagai jenaka. "

Hyori pula menambah dengan bergurau "Saya berharap saya mempunyai skandal untuk dihadapi sekarang".

Skandal radio itu jejak kembali ke tahun 2005, ketika Kim Tae Woo muncul di Kiss The Radio, bersama bekas anggota g.o.d Danny Ahn sebagai pengacara. Dengan tujuan untuk berjenaka, Kim Tae Woo menghubungi Rain tanpa memberitahu kepadanya bahawa dia sedang ke udara. Ketika mereka sedang berborak kosong, Rain membuat pengakuan mengejutkan.

Rain berkata dalam perbualannya "Hyung! saye dan Hyori telah --- ".

Pada saat itu! radio tiba-tiba di-cut, dan muzik dimainkan...

Masih tiada bukti kukuh untuk membuktikan bahawa Rain dan Hyori dan mempunyai hubungan, tapi banyak peminat yang mendengar radio itu hari telah menegaskan cerita ini benar.

Apa pendapat kamu semua? Saya rasa kemistri mereka dalam Happy Together 3 sendiri-sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa keduanya bukan setakat kenalan biasa. Btw, cuba anda bayangkan betapa gorgeous-nya anak mereka nanti.


No comments:

Post a Comment

 
Web Analytics